Selamat Melayari Momogun Trade Union
   
  The Momogun Trade Union-Online
  Panduan-Peruncitan
 

numenmail.com

GEOGRAFI PERUNCITAN

Geografi Peruncitan adalah kajian yang melibatkan dua bidang iaitu geografi dan peruncitan.
Untuk memahami definasi atau maksud geografi peruncitan maka adalah penting kita mengetahui maksud kedua-dua bidang ini iaitu geografi dan peruncitan

Geografi secara amnya adalah bidang yang mengkaji hubungan sesuatu fenomena di dalam ruang / alam sekitar dan bagaimana fenomena itu berinteraksi dengan alam sekitar sekelilingnya yang berubah melalui masa.
Geografi memberi penekanan kepada aspek ruang terutama lokasi dan bagaimana lokasi itu berinteraksi dengan keadaan persekitarannya (organisasi ruangan).
Persoalan yang sering ditanya di dalam geografi adalah 

a) APA (WHAT)
b) BAGAIMANA (HOW)
c) DIMANA (WHERE)
d) MENGAPA (WHY) 

Fenomena yang dimaksudkan di sini adalah apa-apa perkara yang berlaku di muka bumi ini. Dan dalam kursus ini, fenomena atau aktiviti yang dilihat adalah “peruncitan”. 

Jadi bagi seorang ahli geografi yang mengkaji peruncitan perlu menjawab 4 persoalan asas tadi. 

- Apa itu Peruncitan?
- Bagaimana proses peruncitan? 
- Di mana lokasi Peruncitan? 
- Mengapa dengan peruncitan?
- Mengapa dengan proses peruncitan?
- Mengapada dengan lokasi peruncitan?

Peruncitan atau perniagaan runcit adalah aktiviti menjual barangan atau perkhidmatan kepada pengguna akhir sama ada untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga dan isi rumah atau untuk diberikan kepada orang lain sama ada rakan dan jiran.

Jika dilihat dalam saluran pengedaran barangan atau perkhidmatan aktiviti perniagaan runcit ini ia menghubungkan peruncit dengan pengguna.

Ia melibatkan segala penjualan barangan atau perkhidmatan kepada pengguna akhir seperti barangan makanan atau barangan bukan makanan, pakaian, kenderaan, membeli makanan di restoran, membeli tiket wayang, kedai dobi dan sebagainya

Pada kebiasaanya kuantiti barangan atau perkhidmatan dalam perniagaan runcit melibatkan jumlah yang kecil.

PENGGUNA AKHIR

Pengguna adalah pihak yang menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Pengguna boleh dibahagikan kepada 2 iaitu pengguna individu dan pengguna organisasi

Pengguna individu juga dikenali sebagai orang atau individu yang menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan dan juga dikenali sebagai pengguna akhir.
Pengguna organisasi pula lebih merupakan satu firma, syarikat atau organisasi yang menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk mengerakkan operasi mereka. Contohnya membeli meja, kerusi dan komputer untuk kegunaan pejabat. 

Dalam konteks peruncitan ia hanya melibatkan jenis pengguna yang pertama sahaja.  

SALAH ANGGAP TENTANG PERUNCITAN

Terdapat beberapa salah anggap tentang peruncitan.
 
a). Perniagaan runcit hanya melibatkan perniagaan
     kedai runcit dan pasar mini sahaja. 

-> Tanggapan ini bertitik tolak dari definasi ‘runcit’ yang  bermaksud sedikit demi sedikit dan ‘peruncit’ sebagai peniaga secara sedikit-sedikit..
-> Ada yang salah anggap bahawa perniagaan runcit adalah perniagaan kecil-kecilan yang hanya melibatkan kedai runcit dan pasar mini sahaja.
-> Sebenarnya segala urusan jual beli kepada pengguna akhir adalah termasuk di dalam skop peruncitan tanpa mengira dari mana barangan atau perkhidmatan itu dibeli atau diperolehi seperti hypermarket, supermarket, kedai serbaneka, kedai khusus, pusat membeli belah dan sebagainya.

b). Perniagaan runcit hanya melibatkan jualan barang 
     sahaja. 

-> Jika dilihat definasi peruncitan tadi ia tidak hanya melibatkan jualan barangan sahaja malah perkhidmatan.
-> Aktiviti perniagaan seperti restoran, kedai dobi, kedai cuci filem, panggung wayang, salon, spa dan sebagainya adalah termasuk di dalam perniagaan runcit.
-> Ianya dikategorikan sebagai peruncitan kerana memberi perkhdmatan kepada pengguna akhir sama seperti peruncit yang menjual barangan.


c).Jualan terus dari pengeluar dan pemborong kpd
     pengguna tidak termasuk di dalam skop peruncitan

->
Sebenarnya jika seorang pengguna membeli secara terus dari pengeluar atau pemborong ianya termasuk di dalam skop peruncitan selagi barangan atau perkhidmatan yang dibeli diguna oleh pengguna akhir.
-> Contohnya membeli sayur dari petani, telur dari penternak ayam serta membeli barangan runcit dari kedai borong.
-> Syaratnya adalah mudah di mana pengguna membeli untuk kegunaan sendiri atau diberi kepada orang lain (pengguna akhir). 
 
d). Belian dari perniagaan tanpa premis tidak 
      termasuk di dalam skop peruncitan 

-> Bolehkah perniagan tanpa premis dikategorikan sebagai perniagaan runcit ?
-> Contoh menempah barangan melalui telefon, internet, pesanan pos, jualan langsung dan mesin vending.
-> Jawapan adalah YA, kerana ia menjual barangan kepada pengguna akhir.
 
KESIMPULAN
Jadi syarat sesuatu Perniagaan itu dikategorikan sebagai Perniagaan Runcit adalah barangan atau perkhidmatan dijual kepada pengguna akhir tanpa mengira dari mana, dari siapa dan kaedah memperolehinya. 

Jika sesuatu barangan itu dibeli untuk dijual balik kepada pihak lain ia tidak boleh dikategorikan sebagai peruncitan. 

Sesetengah peruncit memberi kredit kepada pengguna kerana mempunyai hubungan yang baik. 

Peruncit yang besar menyediakan bantuan penyimpanan dan pengangkutan terutama kepada pengeluar dan pemborong kecil.

 
  Today, there have been 1 visitors (13 hits) on this page! © 2007 - 2008 the Momogun Trade Union [No Syarikat: F523009]  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
© 2007 - 2008 the Momogun Trade Union [No Syarikat: F523009]