Selamat Melayari Momogun Trade Union
   
  The Momogun Trade Union-Online
  jenis.[niaga]
 
BENTUK DAN JENIS PERNIAGAAN
  • Perniagaan ialah kegiatan membeli dan menjual barang dan perkhidmatan.
  • Perniagaan dapat dibahagikan kepada dua iaitu :
PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Perniagaan dalam negeri ialah aktiviti menjual beli barang 
dan perkhidmatan antara penduduk di sesebuah negara.

Perniagaan Runcit
Perniagaan Borong

Perniagaan borong adalah aktiviti menjual beli secara 
pukal daripada pengeluar atau pengilang dan menjualnya 
dalam kuantiti yang kecil kepada peruncit

  • Pemborong bertindak sebagai orang tengah atau penghubung antara pengeluar dengan orang tengah
  • Pemborong menjalankan proses pemasaran seperti memproses, menggred, membungkus dan mengangkut.
Jenis-jenis Pemborong
  • Pemborong pertanian
  • Pemborong perkilangan
  • Pemborong ejen
  • Pemborong am
KONSEP PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Perniagaan ialah aktiviti membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan.

Peniaga ialah orang yang menjalankan aktiviti jual beli barangan dan perkhidmatan dengan tujuan mendapat keuntungan. 

Keusahawanan ialah kecenderungan, kebolehan, dan kemampuan untuk: 

-> memenuhi keperluan dan kehendak manusia
-> mengusaha dan memperkembang perniagaan
-> membuat perubahan dan pembaharuan untuk  
    meningkatkan pengeluaran 

Usahawan ialah orang yang melakukan kegiatan membeli, menghasilkan barang baru, dan memasarkannya untuk mendapat keuntungan. 

Bidang kegiatan keusahawanan merangkum pengeluaran, pembuatan, perkhidmatan, dan pemasaran.

RUJUKAN
Sumber: Agrianigarden Blog
 
  Today, there have been 2 visitors (4 hits) on this page! © 2007 - 2008 the Momogun Trade Union [No Syarikat: F523009]  
 
© 2007 - 2008 the Momogun Trade Union [No Syarikat: F523009] This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free