Selamat Melayari Momogun Trade Union
   
  The Momogun Trade Union-Online
  Perlembagaan.[RCC]
 

SISTEM UNDANG-UNDANG [PERLEMBAGAAN.RCC]

DEWAN PERNIAGAAN RUNGUS SABAH

[SABAH RUNGUS CHAMBER of COMMERCE (RCC)]

FASAL

:: PENERANGAN ::

1.

NAMA

  (1)

Pertubuhan ini dikenali dengan nama DEWAN PERNIAGAAN RUNGUS SABAH [Sabah Rungus Chamber of Commerce (RCC)] selepas ini disebut "Pertubuhan"

2 TEMPAT URUSAN
  (1)

Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah D/A: Rumah Kedai, Lot 1-0-13, Tingkat Bawah, Taman Keramat, Batu 2 1/2, Jalan Tuaran, 88100 Kota Kinabalu, Sabah 

  (2)

Alamat surat menyurat ialah PETI SURAT 13891, 88845 KOTA KINABALU, SABAH. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
  (1)

Logo Pertubuhan: Logo Pertubuhan adalah terbentuk daripada huruf besar "RCC" dan dibawah huruf berkenaan terdapat perkataan nama pertubuhan dalam kotak [RUNGUS CHAMBER of COMMERCE]. Logo pertubuhan adalah seperti di lampiran A.

  (2)

Maksud warna logo Pertubuhan. Warna biru bermaksud kasih terhadap sesama manusia sesama Rungus.

  (3)

Latarbelakangnya berwarna putih melambangkan ketulinan, dan keiklasan, perjuangan terhadap kaum Rungus dalam segala bidang trutama dalam perniagaan.

4 TUJUAN / MATLAMAT
  (1)

Mengadakan dan meningkatkan kerjasama antara ahli perniagaan berbangsa kaum Rungus bagi membantu meningkatkan sosio-ekonomi dan melahirkan usahawan serta ahli korporat suku kaum Rungus yang berjaya.

  (2)

Membantu usahawan Rungus dengan memberikan khidmat nasihat dengan menganjurkan seminar dan bengkel perniagaan serta sukan bagi memberi peluang kepada masyarakat Rungus menerokai atau mengetahui potensi perniagaan dan perkembangan perniagaan semasa.

5 KEAHLIAN
  (1)

Keahlian hanya terbuka kepada semua ahli perniagaan suku kaum Rungus dan Sino Rungus, berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia dan mempunyai Lesen Perniagaan yang saha.

  (2)

Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan, disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk diluluskan. Jawatankuasa Xawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hrndaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.

  (3)

Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

  (4)

Seseorang pelajar Universiti atau kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselar Universiti yang berkenaan.

6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
  (1)

Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

Bayaran masuk RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia)

Yuran bulanan RM10.00 (Sepuluh Ringgit Malaysia)

  (2)

Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap bulan. Jika cawangan belum ditubuhkan, pembayaran hendaklah disampaikan kepada Bendahari Agung atau Setiausaha Agung.

  (3)

Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada enam bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Setiausaha Cawangan, dan hilanglah hak-hak keistimewaan sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.

  (4)

Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi setahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil tehadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

  (5) Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
  (6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Perwakilan Pertubuhan. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.
7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
  (1)

Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Cawangan dan menjelaskan segala hutangnya.

  (2)

Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yangakan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Cawangan. Sebelum Jawatankuasa Cawangan memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menuda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

8 MESYUARAT PERWAKILAN
  (1)

Bagi undang-undang ini, seorang "ahli-terus" maknanya ialah seorang ahli perubuhan yang tidak menjadi ahli cawangan dan seorang "wakil ahli" maknanya ialah seorang wakil yang dilantik oleh ahli-ahli terus.

  (2)

Pentadbiran pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat perwakilan yang mengandungi wakil-wakil cawangan dan wakil-wakil ahli dan ahli-ahli jawatankuasa pusat. Sebarang ahli pertubuhan, dengan persetujuan Presiden boleh hadir di dalam mesyuarat perwakilan tetapi ia tidak boleh bercakap atau mengundi.

  (3)

wakil-wakil cawangan hendaklah dipilih tiap-tiap tahun oleh cawangan masing-masing dan mereka boleh dipilih semula. Sesuatu cawngan berhak memilih seorang wakil bagi setiap 30 orang ahli yang pertama atau sebahagian daripada jumlah itu dan seorang wakil lagi bagi tiap-tiap 30 orang ahli lebih daripada 30 orang ahli yang pertama, dengan syarat jumlah wakil bagi sesuatu cawangan tidak lebih daripada 5 orang.

  (4)

wakil-wakil ahli hendaklah dipilih tiap-tiap tahun oleh ahli-ahli terus dan mereka boleh dipilih semula. Seorang wakil boleh dipilih bagi 30 orang ahli yan pertama atau sebahagiannya dan tambahan seorang wakil bagi 30 orang ahli lebih daripada 30 orang ahli yang pertama, denga syarat wakil ahli tidak lebih daripada 5 orang.

  (5) Ahli Jawatankuasa Pusat tidak boleh dipilih wakil cawangan atau wakil ahli-ahli. Ahli Jawatankuasa Pusat atau wakil-wakil yang hadir berkuasa mengundfai di dalam mesyuarat perwakilan.
  (6) Korum untuk mesyuarat perwakilan dianggap cukup jika wakil-wakil yang hadir, tidak kira jumlahnya berjumlah lebih daripada jumlah wakil bagi setengah (1/2)bilanagn cawangan-cawangan dan daripada setengah (1/2) jumlah wakil ahli-ahli terus pertubuhan.
  (7) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa memnda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
  (8) Mesyuarat Perwakilan Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankausa Pusat. Kerja-kerja mesyuarat tahunan perwakilan ialah:
   
(a) menerima laporan Jawatankuasa Pusat berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu.
(b) menerima laporan Bendahari Agung dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;
(c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan dua orang Juruaudit untuk tahun yang akan datang; dan
(d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
  (9)

Pengumuman awal mengenai Mesyuarat Tahunan Perwakilan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat dan panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan, cadangan untuk meminda undang-undang dan pencalonan untuk pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, hendaklah dikirimkan oleh Setiasaha Agung kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 60 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat Perwakilan, dan pengumuman ini hendaklah ditunjukkan supaya jelas kelihatan di tempat urusan pertubuan yang telah didaftarkan. Tiap-tiap Setiasaha Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan tidak lewat daripada 30 hari setelah menerima pengumuman awal itu.

  (10)

Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar oleh Setiausaha Cawangan atau ahli-ahli secara individu supaya sampai kepada Setiuasaha Agung tidak lewat daripada 40 hari selepas penerimaan awal mesyuarat.

  (11)

Setiausaha Agung, jika boleh, herndaklah mengadakan mesyuarat ahli-ahli terus tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat Tahunan Perwakilan, untuk melantik wakil-wakil ahli dengan syarat jika keadaan tempat yang berjauhan tidak sesuai bagi mengdakan mesyuarat, maka cara melantik wakil-wakil ahli hendak diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat.

  (12)

Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hariu sebelum diadakan mesyuarat satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan, cadangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai beserta dengan penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah diberikan kepada tiap-tiap wakil cawangan dan wakil ahli di dan salinan surat itu boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan pertubuhan atau di pejabat-pejabat cawangan.

  (13) Mesyuarat Khas Perwakilan bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
   
(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Pusat, atau
(b)

atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi dua cawangan atau lebih atau oleh tidak kurang daripada 20 orang ahli-ahli terus dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

  (14)

Mesyuarat Khas Perwakilan yang diminta oleh cawngan-cawangan atau ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

  (15)

Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Perwakilan hendaklah diedarkan kepada semua Setiausaha Cawangan oleh Setiausaha Agung sekurang-kurangnya15 hari sebelum tarikh telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

  (16)

Fasal 8(6) dan 8(7) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Tahunan Perwakilan boleh digunakan untuk Mesyuarat Khas Perwakilan, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Khas Perwakilan itu atas permintaan Cawangan-cawangan, maka mesyuarat ituy hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Khas Perwakilan yang dipohon dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

  (17)

Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Cawangan salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Tahunan Perwakilan atau Mesyuarat Khas Perwakilan dengan seberapa segera setelah selesainya mesyuarat itu.

9 JAWATANKUASA PUSAT
  (1) (a) Satu Jawatankuasa Pusat seperti berikut yang dinamakan Pegawai-pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Tahuna Perwakilan:
    Seorang Presiden
    Seorang Timbalan Presiden
    5 Naib Presiden
    Seorang Setiausaha Agung
    Seorang Penolong Setiausaha Agung
    Seorang Bendahari Agung
    15 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
   

(b) Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Pusat dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif di dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia.

  (2)

Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh wakil-wakil cawangan / ahli-ahli di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun. 

  (3)

Fungsi Jawatankuasa Pusat ialah membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat perwakilan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa Pusat hendaklah mengemukkan laporan berkenaan kegiatan dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Tahuna Perwakilan.

  (4)

Jawatankuasa Pusat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa Pusat bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

  (5)

Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agung bolehlah mendapatlkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa Pusat secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima:

(a)

Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pusat;

(b)

Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

(c)

Keputusan hendaklah dengan melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

  (6)

Ahli Jawatankuasa Pusat yang mangkir menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat.

  (7)

Jika seorang Ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa Pusat melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Tahunan Perwakilan diadakan.

  (8)

Jawatankuasa Pusat memberi arahan kepada Setiausaha Agung dan pegawai-pegawai lain unuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalampekerjaaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Pusat atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

  (9)

Jawatankuasa Pusat boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa Pusat.

10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
  (1)

Presiden, dalam tempoh jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Perwakilan dan semua mesyuarat Jawatankuasa Pusat bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

  (2)

Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya. Naib-naib Presiden hendaklah membantu Presiden / Timbalan Presiden menjalankan kerja-kerja mereka.

  (3)

Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari Agung.

  (4)

Penolong Setiausaha Agung hendaklah menolong Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Agung.

  (5)

Bendahari Agung adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah menyimpan akaun bagi semua urusan kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah mendatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden, dan Setiausaha Agung.

  (6)

Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Pusat dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

11 KEWANGAN
  (1)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini, wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan,  termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji dan upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

  (2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 [Lima Ratus Ringgit Malaysia sahaja] pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
  (3)

Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung, semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha Agung atau Bendahari Agung maka bolehlah Jawatankuasa Pusat melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.

  (4)

Perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 [Sepuluh Ribu Ringgit Malaysia Sahaja] bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pusat, dan perbelanjaan yang lebih RM50,000.00 [Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia Sahaja] bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebnaran mesyuarat Perwakilan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM10,000.00 [Sepuluh Ribu Ringgit Malaysia Sahaja] bagi sesuatu masa boleh  dilulskan oleh Presiden bersama Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

  (5)

Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Agung dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Tahunan Perwakilan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan yang berdaftar dan dari pejabat cawangan.

  (6)

Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun.

12 JURUAUDIT
  (1)

Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Tahnan Perwakilan sebagai Juruaudii. Mereka akan memagang Jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semua.

  (2)

Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan dan cawangan-cawangan bagi setahun, dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Tahunan Perwakilan dan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Pertubuhan atau cawangan-cawangan pada bila-bila bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Pusat.

13 PENGAMAH
  (1)

Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Perwakilan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta takalih kepunyaan Pertubuhan akan diamanah kepada mereka denagan menandatangani suatu Surat Amanah [Deed of Trust].

  (2)

Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang dibrikan oleh Mesyuarat Perwakilan.

  (3)

Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Perwakilan oleh sebab uzur kerana sakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka, kekosongan itu boleh dipenuhkan oleh pengamanah baru yang dilantik di dalam Mesyuarat Perwakilan dengan secepat mungkin.

14 PEMBUBARAN
  (1)

Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima [3/5] jumlah semua wakil cawangan / ahli yang hadir di dalam suatu mesyuarat Perwakilan yang dipanggil khas kerananya.

  (2)

Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang timnggal hendaklah diselesaikan mengikut cara dipersetujui dalam Mesyuarat Perwakilan berkenaan.

  (3) Kenyataan mengenai pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pndaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.
15 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN
  (1)

Jawatankuasa Pusat boleh membenarkan penubuhan cawangan di kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 orang ahli Pertubuhan. Penubuhan cawangan hendaklah dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

  (2) Jawatankuasa Pusat boleh membubarkan cawangan:
   
(a)

Jika bilangan ahli-ahli di dalam tempoh enam bulan berturut-turut kurang daripada 30 orang; atau

(b)

Jika cawangan tidak mematuhi undangp-undang  pertubuhan atau keputusan Mesyauart Perwakilan atau Jawatankuasa Pusat mendapatinya bersalah kerana perbuatan mencemarkan Pertubuhan.

  (3)

Keputusan membubarkan cawangan hendaklah dengan undi terbanyak di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat, dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan cawangan atas sebab yang disebutkan di dalam Fasal 15 (2)(b) di atas, cawangan yang berkenaan hendaklah diberikan suatu notis selama 30 hari terlebih dahulu dan diberikan peluang untuk menjawap tuduhan-tuduhan tersebut.

  (4)

Perintah pembubaran hendaklah dutandatangani oleh Setiausaha Agung. Cawangan tidak boleh bergerak mulai dari tarikh penerimaan perintah tersebut kecuali untuk urusan penyelesaian. Sebarang cawangan yang musykil atas perintah pembubarn boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan perintah tersebut, membuat rayuan kepada Mesyuarat Perwakilan. Walaupun rayuan tersebut telah dibuat namun perintah pembubaran masih berkuatkuasa sehingga dibatalkan tetapi di dalam keadaan yang sedemikian Jawatankuasa Pusat boleh melantik satu Jawatankuasa penjaga daripada ahli-ahli untuk menguruskan hal-ehwal cawangan itu sementara rayuan tersebut dipertimbangkan.

  (5)

Jika sesuatu cawangan ditutup kerana sebab yang disebut dalam Fasal 15 (2)(a) di atas, maka Jawatankuasa Pusat hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada cawangan yang hampir sekali, dan jika cawangan ditutup kerana sebab di dalam Fasal 15 (2) (b) di atas maka ahli-ahli akan terhenti menjadi ahli Pertubuhan.

  (6)

Adalah menjadi kewajipan Yang DiPErtua, Setiausaha dan Bendahari bagi cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya yang dimiliki oleh cawangan beserta dengan penyata kira-kira cawangan itu daripada tarikh akhir pengemukaan penyata kira-kira itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran.

  (7)

Jika ahli-ahli sesuatu cawangan memutuskan hendak keluar daripada Pertubuhan, maka pegawai-pegawai cawangan itu dengan serta merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lain Pertubuhan dan seterusnya menyelia dan menyerahkan penyata kira-kira kepada Setiausaa Agung seperti di dalam Fasal 15 (6) di atas.

16 MESYUARAT AGUNG CAWANGAN
  (1)

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan akan diadakan tidak lewat daripada 30 hari selepas menerima pemberitahuan awal mengenai Mesyuarat Tahunan Perwakilan, supaya memberitahu mengenai masa, tarikh dan tempat Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan akan dikeluarkan dengan sewajarnya.

  (2) Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ialah untuk:
   
(a)

Menerima laporan Bendahari Cawangan dan kira-kira Cawangan yang telah diaudit bagi tahun lepas.

(b)

Memilih wakil-wakil Cawangan kepada Mesyuarat Perwakilan untuk tahun hadapan

(c)

Memilih Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit Cawangan untuk tahun hadapan

(d)

Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentingkan [dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan].

  (3)

Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan memberitahu awal yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat, panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan dan pencalonan untuk pemilhan pegawai cawangan.

  (4)

Pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk perbincangan di dalam mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 7 hari selepas penerimaan pemberitahuan awal mesyuarat.

  (5)

Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Cawangan, satu agenda [acara mesyuarat] termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan beserta dengan penyata kira-kira cawangan bagi tahun lalu yang telah diauditkan. Salinan surat-surat ini juga boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan cawangan.

  (6)

Sekurang-kurang satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli cawangan brhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa cawangan, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

  (7)

Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguh kepada suatu tarikh [tidak lebih daripada 7 hari] yang ditetapkan oleh Jawatankuasa cawangan, dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

  (8) Suatu Mesyuarat Agung Khas Cawngan hendaklah diadakan:
   
(a) Atas arahan Jawatankuasa Pusat; atau
(b) Apabila Jawatankuasa cawangan memikirkannya mustahak;
(c)

Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada 15 ahli-ahli cawangan dengan menyatakan tujuan dan sebab untuk mengadakan mesyuarat itu.

  (9)

Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.

  (10)

Fasal 16 (6) dan 16 (7) di dalam Undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Khas Cawangan, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyauart Agung Tahunan Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas Tahunan Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

  (11)

Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Setiausaha Agung satu salinan draf catatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Khas Tahunan Cawangan dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

17 JAWATANKUASA CAWANGAN
  (1)
(a)

Sesuatu Jawatankuasa Cawangan seperti berikat yang akan dikenali sebagai pemegang jawatan Cawangan, akan dipilih pada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan:

 

Seorang Yang DiPertua Cawangan;

Seorang Timbalan Yang DiPertua Cawangan;

3 orang Naib Ya DiPertua Cawangan;

Seorang Setiausaha Cawangan;

Seorang Penolong Setiausaha Cawangan;

Seorang Bendaharin Cawangan;

10 Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan.

(b)

Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Cawangan dan tiap-tiap pegawai lain yang menjalankan tugas-tugas eksekuitif dalam cawangan hendaklah warganegara Malaysia.

  (2)

Nama-nama jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. Semua pegawai kecuali Bendahari Cawangan boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

  (3)

Pekerjaan Jawatankuasa Cawangan ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian mengikut Undang-undang Pertubuhan dan arahan-arahan Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang sekali dalam tempoh 3 bulan dan cukup korum jika hadir satu perdua (1/2)  daripada ahli-ahlinya. Setiausaha Cawangan akan memberi satu salinan peringatan tiap-tiap mesyuarat kepada Setiausaha Agung tidak lewat 30 hari selepasa mesyuarat itu diadakan..

18 TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN
  (1)

Yang DiPertua Cawngan, dalam tempoh jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Cawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan akan mendatangani peringatan-peringatan mesyuarat setelah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Cawangan bersama-sama dengan Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan.

  (2)

Timbalan Yang DiPertua hendaklah memangku jawatan Yang DiPertua semasa ketiadaannya.

  (3)

Salah seorang Naib Yang DiPertua Cawangan akan memangku jawatan Yang DiPertua Cawangan atau Timbalan Yang DiPertua Cawangan semasa ketiadaan mereka. [Naib-naib Yang DiPertua Cawangan hendaklah membantu tanggungjawab Yang DiPertua Cawngan dan Timbalan Yang DiPertua Cawangan].

  (4)

Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Cawangan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan. [Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan]. Ia bertanggungjawab menguruskan  hal-hal surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Cawangan bersama-sama dengan Yang DiPertua dan Bendahari Cawangan.

  (5)

Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah membantu Setiausaha Cawangan menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan ini dalam masa ketiadaannya.

  (6)

Bendahari Cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Cawangan. Ia hendaklah mengurus dan menyimpan kira-kira mengenai urusan kewangan cawangan dan  bertanggungjawab di atas ketepatannya.

  (7)

Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan hendaklah membantu Jawatankuasa Cawangan menjalankan sebarang tugas yang diarah olehnya.

19 KEWANGAN CAWANGAN
  (1) Semua wang yang dikutip di Ibu Pejabat dan Cawangan-cawangan Pertubuhan akan menjadi aset bersama Pertubuhan.
  (2)

Mesyuarat Tahunan Perwakilan akan menentukan dari masa ke semasa peratuan kadar yuran yang akan disimpn di Cawangan sebagai kumpulan wang Cawangan dan akan menetapkan jenis-jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang Cawangan.

  (3)

Tiap-tiap Bendahari Cawangan akan menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum 15hb tiap-tiap bulan yuran-yuran yang diterima oleh Cawangan setelah ditolak peratusan yang disimpan sebagai kumpulan wang Cawangan.

  (4)

Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum 15hb tiap-tiap bulan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan Cawangan bagi bulan lepas.

  (5)

Semua wang Cawangan hendaklah disimpan di atas nama Cawangan di dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan dan kira-kira wang itu akan dikelolakan bersama-sama oleh Yang DiPertua Cawanganm Bendahari Cawangan dan Setiausaha Cawangan. Bendahari Cawangan di benarkan menyimpan wang di dalam tangan sebanyak tidak lebih daripada RM300.00 [Tiga Ratus Ringgit Malaysia] pada suatu masa. Perbelanjaan yang melebihi RM1,000.00 [Satu Ribu Ringgit Malaysia sahaja] pada suatu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran diperolehi terlebih dahulu daripada Jawatankuasa Cawangan dan Perbelanjaan yang kurang RM1,000.00 [Satu Ribu Ringgit Malaysia sahaja] bagi suatu masa boleh dilulskan oleh Yang DiPertua Cawngan bersamsama dengan Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan.

  (6)

Semua wang, buku dan harta-harta lain Pertubuhan yang dipegang oleh mana-mana Cawangan yang telah dibubarkan akan dihantar dengan segera oleh Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agung, bersama-sama dengan penyata kira-kira sebagaimnana pada Fasal 15 (6) dana Fasal 15 (7).

20 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN
  (1)

Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Undang-undang ini bagi perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-cawangan Pertubuhan, Undang-undang yang berkenaan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat Pertubuhan akan diikuti sejauh mana yang sesuai.

  (2)

Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat akan membri arahan kepada Mesyuarat Agung Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan mengenai pentadbirannya.

21 PINDAAN UNDANG-UNDANG
  (1)

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuatat Perwakilan. Pemohonan untuk perubahan atau pindaan kepada Undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Perwakilan meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkusakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu dilulsukan oleh Pndaftar Pertubuhan.

22 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
  (1)

Di antara berlangsungnya mesyuarat-mesyuarat Perwakilan, Jawatnkuasa Pusat boleh memberikan tafsirannya kepada Undang-undang ini dan apabila mustahak, memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Undang-undang ini.

  (2)

Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Perwakilan, keputusan Jawatankuasa Pusat ke atas ahli-ahli muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Perwakilan.

23 LARANGAN
  (1)

Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah pertubuhan: Roulette, Lotto; Fan Tan; Poh; Peh Bin; Belangkai; Pai Kau; Tau Ngau; Tien Kow; Chap Ji Kee; Sam Cheong; Dua Puluh Satu; Tiga Pulun Satu; Sepuluh dan setengah; semua permainan dadu; banker's game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;

  (2)

Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;

  (3)

Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikahskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;

  (4) "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

SOURCE:
[RUNGUS CHAMBER OF COMMERCE]
 
  Today, there have been 1 visitors (3 hits) on this page! © 2007 - 2008 the Momogun Trade Union [No Syarikat: F523009]  
 
© 2007 - 2008 the Momogun Trade Union [No Syarikat: F523009] This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free