Selamat Melayari Momogun Trade Union
   
  The Momogun Trade Union-Online
  geografi.[runcit]
 

GEOGRAFI PERUNCITAN

Sudah tahu serba sedikit tentang GEOGRAFI dan PERUNCITAN

Jadi Geografi Peruncitan adalah satu bidang kajian aktiviti peruncitan di sesuatu lokasi dan bagaimana ianya berinteraksi/berhubung dengan keadaan persekitaranya. 

Penekanan kajian bidang geografi peruncitan adalah persoalan tentang "LOKASI DI MANA" dan unsur utama geografi lain seperti TABURAN, KEPADATAN, ARAH, JARAK dan CIRI RUANGAN.

MINAT AHLI GEOGRAFI TERHADAP PERUNCITAN

Kajian tentang lokasi sesuatu aktiviti peruncitan seperti faktor letakan perniagaan runcit–jarak dari pengeluar/pemborong, pengguna serta pesaing.
 
Bagaimana faktor-faktor lain seperti ekonomi (pendapatan), sosial (budaya), demografi (jantina dan umur), psikologi (persepsi dan personaliti) dan politik (peranan kerajaan) mempengaruhi letakan lokasi perniagaan runcit. 

LAIN-LAIN KAJIAN

-> Kajian perbezaan kawasan perniagaan runcit.
-> Pencapaian perniagaan
-> Kesan pembukaan dan penutupan perniagaan.
-> Penempatan semula perniagaan
-> Kesan pembesaran dan pengecilan saiz perniagaan.
-> Kesan penawaran produk baru.
-> Dan lain-lain lagi yang mempunyai kaitan dengan 
     unsur geografi. 

RUJUKAN
1. Dowson A. (1980) Retail Geography, Croom Helm Ltd., London.
2. Evan B. and Evans J. R. (2001) Retail Management : A Strategic Approach 8th Edition, Prentice Hall, New Jersey.
3. Jones K. and Simmons J. (1990) The Retail Environment, Routledge, London.
4. Zainab Ahmad, Norsidah Ahmad dan Farok Zakaria (2002) Asas Peruncitan, Prentice Hall, Petaling Jaya.

 
  Today, there have been 3 visitors (11 hits) on this page! © 2007 - 2008 the Momogun Trade Union [No Syarikat: F523009]  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
© 2007 - 2008 the Momogun Trade Union [No Syarikat: F523009]